Thursday, July 26, 2012

Melawat Nusajaya. Ewah tajuk entri!

Assalamualaikum and hey, hello!! ;D


Semalam dah tahu bahawa harini supervisor (sv) pergi akan pergi meeting ke Nusajaya lagi.
So, cadangnya nak ikut pergi sekali..
Tetapi pagi-pagi lagi nampak muke beliau, terus terkedu nak mintak kebenaran ikut same.
Tak tahu kenapa. Ehemm dah tak berapa hensem sebab... tutt tutt tutt *talian terputus. ;p


Lepas tu ehemm ingatke beliau dah selamat pergi, rupanya terserempak di laluan pintu belakang opis..
Dengan penuh muke tak malunya, terus bercakap banyak dengan lajunye ;p
So, memang kita ditakdirkan bersamaaa sehati sertaa sejiwaaa eh ternyanyi pule :3


Jadi, cepat-cepat terus ajak kawan seprektikel dan ambil purse serta kamera! :D
Maka, perjalanan pun berlangsung dengan meriahnya, ewahh kereta je yang meriah menderum,
orangnya masing-masing terdiam sebab sv tengah bace banyak paper pasal kewangan..
Tula jadi bidan terjun sebab big boss, Jurutera Daerah (JD) takde, pergi sambut menteri agaknya..
Sultan dan menteri suka sungguh singgah di Pontian ni, ade ape pun tak tahu lah -__-"


Sesampai saje di Nusajaya,
beliau pergi meeting, kami pergi jalan-jalan, cuci mata. 
Oh kemain jakun juga aku rupanya dengan Nusajaya ni. Haha! 

Ni bangunan Sultan Ismail. Tak berapa nak pasti fungsi bangunan ni. Gugel sendiri sane ;p
Depan bangunan tadi ade meriam buluh ke ape ntah benda ni.
Kau ingat dekat Melaka je ade? Haha! Sini pun ade hokayy ;p
Amboi kemain sempat main air hahah photoshot sungguh lahaiii ;p
Bangunan 5tingkat ni namenye mungkin Bangunan Jabatan Persekutuan *tak berapa pasti sebab tak ingat*,
tapi ade name blok dan tak ingat juga -.-
Yang penting ibu pejabat JKR negeri Johor ade disini. Cantik :D 
Name bangunan ni pun aku tak ingat jugak. Makan semut banyak gaknye -_-"
Arah kiblat, cantik juga :D
Melawat puteri harbour juga  ^_^



***
Ok dah penat upload gambar. Tu je lah. Malas upload yang lain. Merajuk dengan blog. Kemain loading. Kbabai.

No comments: